Website Syarikat Profesional Untuk Perniagaan, SME & Agensi Di Malaysia
Tingkatkan Kredibiliti, Kukuhkan Jenama & Dapatkan Lebih Banyak Pelanggan Melalui Google
Hari ini, pelanggan tidak terus menghubungi syarikat anda. Mereka akan mencari nama syarikat anda di Google terlebih dahulu. Jika syarikat anda tidak mempunyai website profesional, pelanggan mungkin beralih kepada pesaing yang maklumatnya lebih lengkap dan meyakinkan.
✓ Klien seluruh Malaysia · ✓ Siap 3-7 hari · ✓ 2x revision percuma
Pelanggan ingin melihat:
- Siapa anda?
- Apakah perkhidmatan yang ditawarkan?
- Adakah syarikat anda boleh dipercayai?
- Pernah menyiapkan projek sebelum ini?
- Bagaimana cara menghubungi anda?
Apa Yang Anda Akan Dapat?
- Rekabentuk Website Premium & Profesional
- Mesra Google (SEO Friendly)
- Mobile Responsive
- Integrasi WhatsApp
- Kelajuan Loading Tinggi
- Mudah Dikemaskini Sendiri
- Sesuai Untuk Semua Jenis Perniagaan
Kenapa Website Syarikat Sangat Penting Pada Hari Ini?
Ramai pemilik perniagaan masih beranggapan website hanya diperlukan untuk menjual produk secara online. Hakikatnya, website syarikat kini menjadi salah satu aset digital paling penting untuk membina kepercayaan dan kredibiliti perniagaan.
Walaupun anda menjalankan perniagaan secara offline, pelanggan tetap akan mencari maklumat syarikat anda melalui internet. Tanpa website rasmi, pelanggan sukar mendapatkan maklumat yang lengkap mengenai syarikat anda.
Tingkatkan Kredibiliti Dan Keyakinan Pelanggan
Bayangkan anda ingin mendapatkan perkhidmatan daripada dua syarikat.
Syarikat A
- Tiada website
- Hanya ada facebook
- Maklumat tidak lengkap
- Sukar ditemui di Google
- Kurang meyakinkan pelanggan baharu
- Peluang jualan terhad
vs
Syarikat B
- Website profesional
- Profil syarikat lengkap
- Senarai perkhidmatan
- Portfolio projek
- Testimoni pelanggan
- Maklumat hubungan yang jelas
Syarikat manakah yang lebih meyakinkan? Sudah tentu Syarikat B. Inilah sebab utama website syarikat mampu meningkatkan kredibiliti dan imej profesional sesebuah perniagaan.
Website Adalah Profil Rasmi Syarikat Anda
Website boleh berfungsi sebagai:
Semua maklumat penting syarikat boleh diakses 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Dapatkan Pelanggan Baharu Melalui Google
Setiap hari, ribuan pelanggan mencari perkhidmatan seperti anda melalui Google. Jika website company anda dioptimumkan dengan betul, pelanggan berpotensi menemui syarikat anda tanpa perlu mengeluarkan kos iklan yang tinggi.
Website yang mesra SEO mampu membantu syarikat menerima pertanyaan pelanggan secara konsisten untuk jangka masa panjang. Lihat juga servis SEO kami untuk hasil yang lebih agresif.
Lindungi Jenama Dan Nama Syarikat Anda
Ramai pemilik syarikat tidak menyedari kepentingan memiliki domain sendiri. Contohnya:
Memiliki domain rasmi membantu melindungi jenama syarikat, mengelakkan nama digunakan pihak lain, memudahkan pelanggan mencari anda, dan menjadikan syarikat lebih profesional.
⚠️ Jangan tunggu sehingga nama syarikat anda didaftarkan oleh pihak lain.
Sesuai Untuk Semua Jenis Perniagaan
Website yang kami bangunkan sesuai untuk:
Apa Yang Termasuk Dalam Website Syarikat?
Halaman Utama
Memperkenalkan syarikat dan perkhidmatan anda secara profesional.
Profil Syarikat
Latar belakang, visi, misi dan maklumat organisasi.
Perkhidmatan
Penerangan lengkap mengenai setiap perkhidmatan yang ditawarkan.
Portfolio Projek
Memaparkan pengalaman dan hasil kerja syarikat.
Berita & Pengumuman
Meningkatkan aktiviti website dan membantu SEO.
Hubungi Kami
Integrasi WhatsApp, Google Maps dan borang pertanyaan.
Ciri-Ciri Website Yang Kami Bangunkan
Rekabentuk Premium
Direka khas supaya nampak profesional, moden dan meyakinkan.
Mesra Telefon Pintar
Paparan sempurna pada telefon, tablet dan komputer.
Mesra SEO
Struktur dibina mengikut amalan SEO terkini untuk membantu ranking di Google.
Loading Pantas
Kelajuan yang baik membantu pengalaman pengguna dan SEO.
Mudah Dikemaskini
Kemaskini kandungan sendiri tanpa kemahiran teknikal.
Selamat Dan Stabil
Dilengkapi ciri keselamatan asas dan SSL.
Berapa Kos Website Syarikat?
Harga bergantung pada bilangan muka surat dan keperluan anda. Pakej bermula serendah RM3,699 untuk one page website, sehingga pakej penuh 5 muka surat beserta blog untuk syarikat yang serius mahu rank di Google.
Dapatkan sebut harga tepat untuk keperluan syarikat anda — percuma, tanpa komitmen, dijawab dalam 24 jam.
Tandakan semua yang berkenaan. Ini membantu kami sediakan pakej yang paling sesuai.
Harga diselaraskan automatik mengikut jenis organisasi anda.
Harga di atas adalah anggaran. Sebut harga rasmi akan diberikan selepas perbincangan ringkas di WhatsApp.
