...
Langkau ke kandungan
GilawebsiteServis & harga
Upah buat website Malaysia

Upah buat website.
Untuk bisnes di Malaysia.

Upah buat website di Gilawebsite bermula RM1,800 untuk sales page, RM3,699 untuk website syarikat satu halaman dan RM5,000 untuk e-commerce. Bandingkan fungsi, bahan yang diperlukan dan contoh projek sebelum meminta sebut harga mengikut skop bisnes anda.

Pakej sales page bermulaRM1,800

Fokus pada produk anda.
Lengkap dengan flow jualan dan integrasi pesanan.

Apa yang termasuk?
Harga mengikut skop. Cadangan mengikut keperluan.Minta sebut harga
Servis & pakej

Pakej upah buat website.
Banding skop & harga.

Pilih pakej mengikut cara anda mahu menerima pelanggan: pertanyaan tentang servis, pesanan satu produk atau pembelian daripada katalog. Harga di bawah ialah harga permulaan; skop akhir dan jadual disahkan melalui sebut harga. Baca panduan kos website dan cara banding sebut harga.

02 / Untuk profil syarikatWordPress

Website syarikat

Perkenalkan syarikat, perkhidmatan dan kepakaran anda dalam satu ruang yang mudah dirujuk.

Satu halaman bermulaRM3,699
  • Website syarikat satu halaman
  • Paparan mobile, tablet dan desktop
  • Boleh kemas kini kandungan sendiri
  • Pilihan 5 halaman + blog: RM6,899
Anggaran 3–7 hari, tertakluk pada skop dan bahan.
Bincang website syarikat Lihat skop website syarikat
03 / Untuk banyak produkKedai online

Website e-commerce

Kedai online dengan katalog produk, sistem pembayaran dan fungsi pengurusan pesanan.

BermulaRM5,000
  • Integrasi payment gateway
  • Pengurusan produk dan pesanan
  • Integrasi media sosial mengikut skop
  • Optimasi SEO mengikut pakej yang dipilih
Anggaran 3–7 hari bekerja, mengikut produk dan integrasi.
Bincang kedai online Lihat skop e-commerce
04 / Untuk penemuan organikSEO

Servis SEO

Skop SEO berterusan berasingan daripada upah pembinaan website. Pelan sales page RM4,000 setahun; website syarikat atau e-commerce RM8,800 setahun, tertakluk pada skop dan persaingan.

Pelan 12 bulan bermulaRM4,000 / tahun
  • Research keyword dan penilaian persaingan
  • Optimasi halaman dan kandungan
  • Perancangan mengikut niche bisnes
  • Laporan kemajuan
Kerja berterusan. Kedudukan dan tempoh hasil berbeza.
Bincang keperluan SEO Lihat skop servis SEO Malaysia
Tak pasti nak pilih?

Mula dengan
keperluan anda.

Pilih situasi yang paling hampir dengan bisnes anda.

Sales page

Fokus pada produk dan satu flow pesanan yang jelas untuk kempen iklan.

Lihat pakej Sales page
Contoh kerja sebenar

Lihat website.
Fahami fungsinya.

Sebelum memilih pembuat website, lihat bagaimana kandungan dan aliran pesanan disusun untuk jenis bisnes yang berbeza. Dua kajian projek ini membantu anda menerangkan fungsi yang diperlukan.

Mamasab Store: bakeri & pesanan WhatsApp

Contoh website bakeri yang menghubungkan maklumat produk dengan pertanyaan dan pesanan melalui WhatsApp. Sesuai dijadikan rujukan apabila pelanggan perlu berbincang tentang pilihan produk sebelum membuat pesanan.

Lihat kajian projek Mamasab Store ↗

Kedai Pheromone: katalog wangian

Contoh penyusunan katalog dan maklumat wangian untuk membantu pelanggan mengenali pilihan produk. Berguna sebagai rujukan apabila bisnes mempunyai beberapa produk yang perlu diterangkan dengan jelas.

Lihat kajian projek Kedai Pheromone ↗

Lihat portfolio website Gilawebsite atau kenali Gilawebsite dan Pakukarat Ent. Kami beroperasi dari Alor Setar, Kedah dan menerima projek seluruh Malaysia secara online.

Perkara yang selalu ditanya

Soalan lazim
sebelum upah buat website.

Berapa upah buat website Gilawebsite?

Sales page bermula RM1,800, website syarikat satu halaman RM3,699 dan e-commerce RM5,000. Website syarikat 5 halaman bersama blog ialah RM6,899. Harga akhir bergantung pada kandungan, fungsi dan integrasi yang dipersetujui dalam sebut harga.

Adakah hosting dan domain disediakan?

Kami boleh membantu setup domain dan hosting serta mencadangkan pilihan mengikut keperluan dan bajet. Kos dan perkara yang termasuk akan disahkan dalam sebut harga.

Boleh saya minta perubahan design?

Pakej menyediakan 2 kali revision percuma. Skop semakan dan perubahan tambahan akan diperincikan sebelum projek bermula.

Boleh saya urus website sendiri?

Website WordPress boleh diurus melalui dashboard. Tutorial dan latihan disediakan mengikut pakej supaya anda boleh mengemas kini kandungan dan produk.

Bila anggaran tempoh siap boleh disahkan?

Selepas jenis website, jumlah halaman atau produk, integrasi dan kesiapan bahan dikenal pasti. Tempoh yang dipaparkan ialah anggaran dan tertakluk pada skop serta semakan.

Adakah upah buat website termasuk SEO?

Skop optimasi bergantung pada pakej pembinaan yang dipilih. Kerja SEO berterusan seperti research keyword, penambahbaikan kandungan dan laporan kemajuan ialah servis berasingan. Website yang siap tidak bermaksud ia terus berada di halaman pertama Google. Semak skop servis SEO jika carian organik menjadi sasaran bisnes anda.

Apakah kos yang perlu disemak selepas website siap?

Selain upah pembinaan, semak pembaharuan domain, hosting, lesen plugin berbayar, penyelenggaraan dan caj transaksi payment gateway yang berkaitan. Kos ini bergantung pada pilihan platform dan fungsi; minta ia disenaraikan dalam sebut harga supaya bajet tahun berikutnya jelas.

Perlu pilih website satu halaman atau beberapa halaman?

Satu halaman sesuai apabila profil, servis dan maklumat hubungan boleh diterangkan dengan ringkas. Pilih beberapa halaman apabila setiap servis, projek atau topik memerlukan penerangan tersendiri. Pakej website syarikat satu halaman bermula RM3,699; pilihan 5 halaman bersama blog ialah RM6,899. Bandingkan skop website syarikat sebelum memilih.

Sebelum projek bermula

Cara mendapatkan
sebut harga yang tepat.

Upah membuat website bergantung pada jumlah kandungan, fungsi dan integrasi. Gunakan tiga langkah ini untuk membandingkan cadangan dengan skop yang sama.

1. Kongsi keperluan bisnes

Beritahu jenis bisnes, sasaran pelanggan dan tindakan yang anda mahu mereka lakukan: hubungi melalui WhatsApp, isi borang atau beli produk. Sertakan jumlah halaman atau produk, fungsi wajib dan URL contoh yang anda suka.

Sediakan logo, gambar, profil syarikat dan maklumat produk yang sudah ada. Nyatakan jika anda memerlukan bantuan kandungan.

2. Semak skop & jumlah kos

Pastikan sebut harga menerangkan halaman, copywriting, gambar, integrasi, revisi serta tutorial atau latihan yang termasuk. Bezakan upah pembinaan daripada domain, hosting dan kos berulang.

Baca panduan kos website dan bajet tiga tahun.

3. Tetapkan semakan & serahan

Persetujui jadual mengikut kesiapan bahan dan skop. Senaraikan fungsi yang perlu diuji, seperti borang, pautan WhatsApp atau checkout. Perjelas akses dashboard, pemilik akaun dan skop bantuan selepas pelancaran dalam sebut harga.

Hantar ringkasan projek untuk cadangan pakej.

Langkah seterusnya

Projek anda.
Kita bina bersama.

Kongsi jenis bisnes, jumlah halaman atau produk dan fungsi yang diperlukan. Kami bantu cadangkan pakej dan skop upah buat website yang sesuai.

Ceritakan projek anda
WhatsApp