...
Langkau ke kandungan
GilawebsitePortfolio
Portfolio Gilawebsite

Contoh website.
Hasil kerja sebenar.

Contoh website syarikat, e-commerce dan landing page daripada portfolio Gilawebsite.
Pilih kategori atau cari nama projek untuk melihat reka bentuk yang relevan dengan bisnes anda.

Tentang hasil kerja ini

Portfolio ini merangkumi projek terkini dan rekod terdahulu. “Lihat website” membuka laman projek; “Lihat screenshot asal” membuka rekod gambar. Website pelanggan boleh berubah selepas penyerahan projek.

KENALI JENIS PROJEK

Produk berbeza.
Aliran pesanan berbeza.

Tiga contoh daripada portfolio ini membantu anda memilih pendekatan untuk kedai sendiri. Lihat website atau screenshot di atas untuk menilai persembahan setiap projek.

Mamasab Bakery: pesanan melalui WhatsApp

Projek ini dipaparkan sebagai kedai online bakeri dengan pesanan terus melalui WhatsApp. Pelanggan boleh merujuk produk sebelum meneruskan perbincangan dengan pasukan kedai.

Jika bisnes anda perlu menyemak tarikh, stok atau lokasi sebelum mengesahkan pesanan, bincangkan maklumat yang perlu dibawa ke WhatsApp dan proses merekod order.

Rancang website makanan dan bakeri · Baca kajian projek Mamasab Store

Choco Albab: katalog dan payment gateway

Projek ini dipaparkan sebagai kedai coklat untuk pesanan runcit dan pukal dengan payment gateway. Jenis pembelian serta kuantiti membantu menentukan susunan katalog dan checkout.

Untuk projek anda, senaraikan produk, pek, harga, kaedah penghantaran serta bila sesuatu order perlu disemak oleh pasukan.

Semak skop pembangunan e-commerce

Kedai Pheromone: katalog wangian

Projek ini memaparkan koleksi perfume untuk lelaki dan wanita, bersama katalog serta panduan pemilihan. Penerangan produk membantu pelanggan membandingkan pilihan yang tidak dapat dihidu melalui skrin.

Jika anda menjual wangian, sediakan fakta aroma, saiz, gambar produk dan perbezaan koleksi yang disahkan oleh jenama.

Rancang website perfume anda · Baca kajian projek Kedai Pheromone

Pilih contoh mengikut tujuan website

Website syarikat: nilai profil, servis, projek dan cara menghubungi. Landing page: nilai satu tawaran, bukti dan CTA. E-commerce: nilai katalog, penerangan produk dan aliran pesanan yang diperlukan.

Cara menggunakan portfolio semasa membuat brief

Pilih contoh yang paling dekat dengan jenis produk dan cara pesanan anda. Nyatakan bahagian yang disukai, fungsi wajib dan perkara yang perlu berbeza. Website pelanggan mungkin berubah selepas penyerahan; hasil jualan atau SEO perlu dinilai melalui data projek berkenaan.

Bincangkan projek berdasarkan contoh pilihan anda

Langkah seterusnya

Projek anda.
Kita bina bersama.

Kongsi matlamat bisnes dan keperluan website anda. Kami bantu cadangkan pendekatan yang sesuai.

Ceritakan projek anda
WhatsApp