Sales page / landing page
Halaman jualan untuk 1–2 produk, dengan penerangan tersusun dan tindakan pesanan yang jelas.
- Copywriting Bahasa Melayu
- Integrasi payment gateway atau COD
- Paparan responsif untuk mobile
- Flow jualan untuk kempen iklan
Upah buat website di Gilawebsite bermula RM1,800 untuk sales page, RM3,699 untuk website syarikat satu halaman dan RM5,000 untuk e-commerce. Bandingkan fungsi, bahan yang diperlukan dan contoh projek sebelum meminta sebut harga mengikut skop bisnes anda.
Fokus pada produk anda.
Lengkap dengan flow jualan dan integrasi pesanan.
Pilih pakej mengikut cara anda mahu menerima pelanggan: pertanyaan tentang servis, pesanan satu produk atau pembelian daripada katalog. Harga di bawah ialah harga permulaan; skop akhir dan jadual disahkan melalui sebut harga. Baca panduan kos website dan cara banding sebut harga.
Halaman jualan untuk 1–2 produk, dengan penerangan tersusun dan tindakan pesanan yang jelas.
Perkenalkan syarikat, perkhidmatan dan kepakaran anda dalam satu ruang yang mudah dirujuk.
Kedai online dengan katalog produk, sistem pembayaran dan fungsi pengurusan pesanan.
Skop SEO berterusan berasingan daripada upah pembinaan website. Pelan sales page RM4,000 setahun; website syarikat atau e-commerce RM8,800 setahun, tertakluk pada skop dan persaingan.
Pilih situasi yang paling hampir dengan bisnes anda.
Fokus pada produk dan satu flow pesanan yang jelas untuk kempen iklan.
Sebelum memilih pembuat website, lihat bagaimana kandungan dan aliran pesanan disusun untuk jenis bisnes yang berbeza. Dua kajian projek ini membantu anda menerangkan fungsi yang diperlukan.
Contoh website bakeri yang menghubungkan maklumat produk dengan pertanyaan dan pesanan melalui WhatsApp. Sesuai dijadikan rujukan apabila pelanggan perlu berbincang tentang pilihan produk sebelum membuat pesanan.
Lihat kajian projek Mamasab Store ↗Contoh penyusunan katalog dan maklumat wangian untuk membantu pelanggan mengenali pilihan produk. Berguna sebagai rujukan apabila bisnes mempunyai beberapa produk yang perlu diterangkan dengan jelas.
Lihat kajian projek Kedai Pheromone ↗Lihat portfolio website Gilawebsite atau kenali Gilawebsite dan Pakukarat Ent. Kami beroperasi dari Alor Setar, Kedah dan menerima projek seluruh Malaysia secara online.
Sales page bermula RM1,800, website syarikat satu halaman RM3,699 dan e-commerce RM5,000. Website syarikat 5 halaman bersama blog ialah RM6,899. Harga akhir bergantung pada kandungan, fungsi dan integrasi yang dipersetujui dalam sebut harga.
Kami boleh membantu setup domain dan hosting serta mencadangkan pilihan mengikut keperluan dan bajet. Kos dan perkara yang termasuk akan disahkan dalam sebut harga.
Pakej menyediakan 2 kali revision percuma. Skop semakan dan perubahan tambahan akan diperincikan sebelum projek bermula.
Website WordPress boleh diurus melalui dashboard. Tutorial dan latihan disediakan mengikut pakej supaya anda boleh mengemas kini kandungan dan produk.
Selepas jenis website, jumlah halaman atau produk, integrasi dan kesiapan bahan dikenal pasti. Tempoh yang dipaparkan ialah anggaran dan tertakluk pada skop serta semakan.
Skop optimasi bergantung pada pakej pembinaan yang dipilih. Kerja SEO berterusan seperti research keyword, penambahbaikan kandungan dan laporan kemajuan ialah servis berasingan. Website yang siap tidak bermaksud ia terus berada di halaman pertama Google. Semak skop servis SEO jika carian organik menjadi sasaran bisnes anda.
Selain upah pembinaan, semak pembaharuan domain, hosting, lesen plugin berbayar, penyelenggaraan dan caj transaksi payment gateway yang berkaitan. Kos ini bergantung pada pilihan platform dan fungsi; minta ia disenaraikan dalam sebut harga supaya bajet tahun berikutnya jelas.
Satu halaman sesuai apabila profil, servis dan maklumat hubungan boleh diterangkan dengan ringkas. Pilih beberapa halaman apabila setiap servis, projek atau topik memerlukan penerangan tersendiri. Pakej website syarikat satu halaman bermula RM3,699; pilihan 5 halaman bersama blog ialah RM6,899. Bandingkan skop website syarikat sebelum memilih.
Upah membuat website bergantung pada jumlah kandungan, fungsi dan integrasi. Gunakan tiga langkah ini untuk membandingkan cadangan dengan skop yang sama.
Beritahu jenis bisnes, sasaran pelanggan dan tindakan yang anda mahu mereka lakukan: hubungi melalui WhatsApp, isi borang atau beli produk. Sertakan jumlah halaman atau produk, fungsi wajib dan URL contoh yang anda suka.
Sediakan logo, gambar, profil syarikat dan maklumat produk yang sudah ada. Nyatakan jika anda memerlukan bantuan kandungan.
Pastikan sebut harga menerangkan halaman, copywriting, gambar, integrasi, revisi serta tutorial atau latihan yang termasuk. Bezakan upah pembinaan daripada domain, hosting dan kos berulang.
Persetujui jadual mengikut kesiapan bahan dan skop. Senaraikan fungsi yang perlu diuji, seperti borang, pautan WhatsApp atau checkout. Perjelas akses dashboard, pemilik akaun dan skop bantuan selepas pelancaran dalam sebut harga.
Kongsi jenis bisnes, jumlah halaman atau produk dan fungsi yang diperlukan. Kami bantu cadangkan pakej dan skop upah buat website yang sesuai.
Ceritakan projek anda