Nak kami design website anda?
Dalam tutorial ini anda akan belajar tentang
Domain atau “domain” dalam Bahasa Malaysia merujuk kepada nama unik yang digunakan untuk mengidentifikasi alamat laman web di internet. Secara lebih tepat, domain adalah alamat elektronik yang digunakan untuk mengakses laman web atau alamat e-mel. Setiap laman web atau alamat e-mel memiliki domain yang unik.
Contohnya, dalam alamat laman web “www.contoh.com”, “contoh.com” adalah domain. Domain juga boleh digunakan dalam alamat e-mel, seperti “[email protected]”.
Domain biasanya terdiri daripada dua bahagian utama: nama domain dan domain extension (atau top-level domain). Nama domain adalah bahagian yang diberikan kepada entiti atau organisasi, manakala domain extension adalah bahagian yang mewakili jenis atau kategori domain tersebut.
Sebagai contoh, dalam “www.contoh.com”, “contoh” adalah nama domain dan “.com” adalah domain extension. Terdapat pelbagai jenis domain extension, seperti “.my” untuk Malaysia, “.edu” untuk institusi pendidikan, dan “.org” untuk organisasi bukan untung.
Jadi, secara ringkasnya, domain adalah alamat unik yang digunakan untuk mengenal pasti laman web atau alamat e-mel di internet.
Ada macam jenis domain extension yang anda boleh pilih untuk nama website anda. Domain extension ini berbeza harganya. Anda pendapat yang mengatakan, pemilihan domain extension yang betul penting untuk menentukan rank anda di google nanti. Kita perlu pilih domain extension yang betul dan baik untuk SEO website kita. Akan tetapi, pendapat kami berbeza. Google ada algoritma lain yang menentukan rank sesebuah website di google. Manakala, domain extension ini bagi kami ia sangat penting dalam menentukan jenis website anda nanti.
Antara domain extension yang popular :
Domain extension lain yang lebih spesifik pada jenis website anda :
Jadi, domain extension mana yang perlu anda pilih?
Oleh kerana algoritma google lebih mementingkan kerelevanan, kualiti kandungan, pengalaman pengguna, dan kriteria lain untuk menentukan penarafan carian, maka anda bebas memilih domain extension yang sesuai dengan konten website anda. Paling penting orang senang ingat nama domain anda.
Penting untuk anda tahu juga yang domain extension ini harganya berbeza-berbeza. Contohnya:
Anda boleh dapatkan domain anda melalui penyedia perkhidmatan hosting / server . Anda boleh pilih mana-mana hosting provider di seluruh Malaysia.
Jika di Malaysia, ada beberapa penyedia hosting yang popular seperti :
Paling mudah, beli domain di mana anda nak domain anda itu di hostkan. Jika anda nak guna hosting di Malaysia, anda boleh pilih antara 3 syarikat yang popular yang telah saya senaraikan tadi. Jika anda ingin syarikat dari luar negara, ini merupakan anda syarikat yang popular.