...

Tutorial

Cara Buat Website Lengkap A-Z

Level

basic

Nak kami design website anda?

Tutorial 3 : Cara buat website lengkap dari A-Z

 

 

Beli Domain

Domain ialah alamat unik website anda (contoh: brandanda.com). Pilih nama yang ringkas, mudah eja dan relevan dengan jenama.

  1. Semak ketersediaan (availability) nama domain.
  2. Pilih TLD (.com, .my, .store, dsb) mengikut sasaran pasaran.
  3. Aktifkan WHOIS Privacy jika ada.
  4. Beli dan pastikan anda simpan resit + akses akaun domain registrar.

Tip: Elakkan ejaan kompleks dan tanda hubung berlebihan. Pastikan mudah disebut.

Pasang (Point) Domain di Hosting

  1. Masuk ke akaun domain registrar anda.
  2. Kemas kini nameserver kepada nameserver hosting (contoh: ns1.hostinganda.com, ns2.hostinganda.com).
  3. Atau, guna Cloudflare sebagai DNS (disyorkan) dan pointkan rekod:
    • A → IP server hosting
    • CNAMEwww ke root domain
  4. Tunggu propagation DNS (kebiasaannya 5 minit – 24 jam).

Tip: Simpan butiran DNS/Nnameserver dalam password manager untuk rujukan pantas.

Pasang SSL

  1. Masuk ke panel hosting (cPanel/hPanel/Plesk).
  2. Buka menu SSL/TLS → aktifkan Let’s Encrypt untuk domain anda.
  3. Paksa HTTP → HTTPS (gunakan pengaturan “Force HTTPS” atau plugin seperti Really Simple SSL).
  4. Uji dengan membuka https://domainanda.com (ikon mangga mesti muncul).

Tip: SSL percuma sudah mencukupi untuk kebanyakan laman; untuk e-commerce serius, pertimbang DV/OV/EV berbayar.

Install WordPress

  1. Di panel hosting, cari Auto Installer → pilih WordPress.
  2. Isi butiran (Site Name, admin email, username, password kuat).
  3. Pilih versi PHP 8.1+ dan set direktori ke root domain (tanpa subfolder, melainkan anda mahu).
  4. Selesai, login ke /wp-admin dan kemas kini permalink → Post name.
  • Pasang plugin asas: LiteSpeed Cache / WP Optimize, SEO (Rank Math/Yoast), Security (Wordfence), Backup (UpdraftPlus).
  • Aktifkan pencegahan spam (Akismet/Antispam Bee) dan automatic updates untuk minor releases.

Design Website Basic

  1. Pasang tema ringan (contoh: hello elementor / GeneratePress).
  2. Pasang Elementor → buat Homepage ringkas (hero, manfaat, CTA).
  3. Set Global Fonts & Colors agar konsisten (jenama).
  4. Bina menu: Home, Tentang, Servis/Produk, Blog, Hubungi.
  5. Uji responsif: Mobile & Tablet (tweak spacing/stacking).

Tip SEO/Brand: Guna struktur tajuk H1–H3, alt text pada imej, dan muat naik logo favicon.

Kesimpulan & Langkah Seterusnya

Domain aktif, SSL berjalan, WordPress dipasang, dan layout asas siap — anda kini sedia teruskan ke setup plugin & optimasi.

 
 

Dalam tutorial ini anda akan belajar tentang

  • Beli domain
  • Pasang domain di hosting
  • Pasang SSL
  • Install WordPress
  • Design website basic

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Scroll to Top