Cara Buat Website Blog WordPress (Tutorial 6)
Cara buat website blog bermula dengan memilih pembaca yang ingin anda bantu. Selepas domain dan WordPress siap, bina kategori yang mudah difahami serta template artikel yang selesa dibaca pada telefon.
Tutorial ini meliputi setup blog. Gunakan panduan SEO Malaysia untuk menyusun topik berdasarkan persoalan sebenar pembaca, bukan mengejar jumlah artikel semata-mata.
Belum selesai asas? Rujuk cara membeli dan memilih domain dan panduan memilih hosting sebelum meneruskan konfigurasi. Jika membeli domain/hosting untuk website yang sudah aktif, ambil backup DNS dan semak rekod email dahulu.
Beli Domain
Pilih nama yang ringkas, mudah eja, dan padan dengan niche blog (contoh: resepi, kewangan, teknologi). TLD popular: .com, .my, .blog.
- Semak ketersediaan domain.
- Aktifkan WHOIS Privacy jika perlu.
- Beli & simpan akses akaun + invois.
Pasang (Point) Domain di Hosting
- Kemas kini nameserver domain kepada nameserver hosting, atau guna Cloudflare untuk DNS.
- Jika guna Cloudflare: set rekod
A→ IP server,CNAME→wwwke root. - Tunggu DNS propagation (bergantung pada TTL dan resolver).
Pasang SSL
- Aktifkan Let’s Encrypt melalui panel hosting (cPanel/hPanel/Plesk).
- Paksa HTTPS (Force HTTPS) dan semak
https://domainanda.com.
Tip: SSL penting untuk kepercayaan pembaca & SEO.
Install WordPress
- Gunakan Auto Installer → WordPress.
- Isi maklumat laman & admin, pilih PHP yang serasi dengan WordPress semasa (rujuk keperluan rasmi di bawah).
- Login
/wp-admin→ tetapkan Permalinks: Post name.
- Plugin asas: Cache (LiteSpeed/Autoptimize), SEO (Rank Math/Yoast), Security (Wordfence), Backup (UpdraftPlus).
- Aktifkan discussion settings (komen) ikut keperluan.
Design Website Blog
- Nilai tema yang diselenggara dan sesuai dengan skop, contohnya (Hello Elementor / GeneratePress / Block theme moden).
- Dengan Elementor/Editor blok, bina: Home (hero + kategori), halaman Post, Single Post, dan Sidebar.
- Tetapkan Global Fonts & Colors untuk konsistensi jenama.
- Tambahkan menu kategori, carian, dan footer dengan pautan penting.
- Uji responsif (Mobile/Tablet) & kelajuan (imej WebP, lazyload).
- UX blog: Lebar konten 640–760px, fon 16–18px, jarak baris selesa.
- SEO: Struktur H1–H3, breadcrumb, related posts, skema Article.
Kesimpulan & Langkah Seterusnya
Domain & hosting siap, SSL aktif, WordPress terpasang, dan layout blog kemas — masa untuk mula menulis & terbitkan artikel pertama.
Rancang artikel supaya blog ada arah
Pilih beberapa kategori yang berkait dengan kepakaran anda. Bina satu panduan utama bagi setiap topik, kemudian artikel khusus yang menjawab soalan susulan. Pautkan kedua-duanya apabila ia membantu pembaca meneruskan pembelajaran.
- Tulis jawapan ringkas pada awal artikel sebelum huraian.
- Gunakan tajuk H2/H3 mengikut isi, gambar relevan dan sumber apabila menyebut fakta.
- Letakkan penulis atau organisasi yang bertanggungjawab serta kemas kini apabila isi berubah.
- Semak paparan carian dan klik dalam Search Console sebelum menentukan artikel yang perlu diperbaiki.
Untuk blog bisnes, hubungkan panduan dengan servis berkaitan secara semula jadi. Artikel mesti tetap berguna kepada pembaca yang belum mahu membeli.
Rujukan: keperluan rasmi WordPress. Semak keserasian tema, plugin dan hosting sebelum mengemas kini versi.
Perlukan bantuan menyiapkan website?
Kongsi jenis bisnes, fungsi yang diperlukan, bahan sedia ada dan tarikh sasaran. Kami boleh cadangkan skop kerja serta sebut harga yang sesuai.
Bincang website dengan ruang blog. Lihat juga portfolio Gilawebsite untuk menilai gaya dan jenis projek yang pernah kami hasilkan.
Ada idea untuk
website bisnes anda?
Kami bantu susun idea, design dan fungsi mengikut keperluan bisnes.
Bincang projek anda Terokai hosting & tools